Contoh Abstrak

ABSTRAK



Nabi Muhammad S.A.W memberi beberapa sebab yang dapat memasukkan seseorang itu ke syurga iaitu: Solat fardhu lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Menjaga kemaluan, Bertanggung jawab kepada keluarga. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu agar solat lima waktu sehari semalam. Solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Barang sesiapa yang melakukan solat lima waktu tersebut maka dia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya maka beerti dia telah merobohkan agamanya sendiri. Allah juga telah memperingatkan kita agar tidak menyibukkan diri dengan hanya mencari harta dunia sahaja sehingga kita lupa untuk menunaikan solat. Selain itu, Allah juga telah mewajibkan kita agar berpuasa di bulan ramadhan secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu rukun Islam yang amat dituntut. Puasa harus dilakukan dari terbit fajar hingga terbernam matahari. Kita juga harus berjaga-jaga daripada melakukan perkara-perkara yang makruh dan haram ketika berpuasa. Sebab ketiga yang memasukkan seseorang wanita itu ke syurga ialah sentiasa memelihara kehormatan. Kemudian sentiasa sentiasa menjaga akhlak kerana itu merupakan tunjang untuk menjamin rumah tangga yang bahagia.


Nota:
Supaya mudah faham abstrak ialah gabungan pendahuluan, keseluruhan tajuk, penutup dijadikan satu ringkasan dalam satu muka surat tanpa perenggan.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)